Artikel

AirAsia X Naikkan Tambang 30%-40% – Imbangi Kesan Kos Operasi

Walaupun bertindak tidak melaksanakan sebarang pengurangan tenaga kerja mahupun beri pilihan cuti tanpa gajiAirAsia X menjelaskan ketika ini pihaknya melaras naik harga tiket antara 30% hingga 40% untuk mengimbangi kesan kenaikan kos operasi semasa.

Jelas kumpulan pada sidang khas hari ini, perihal itu didasari akan kenaikan harga minyak jet yang meningkat kepada $200 setong berbanding $90 setong sebelum ini. Dan caj tambahan bahan api sahaja telah meningkat sebanyak 20%,menjadika persekitaran itu mendorong kumpulan meningkatkan paras tambang antara 30% sehingga 40%.

Namun pelarasan harga tiket ini dimaklumkan bersifat sementara dan akan terus dipantau secara berkala bergantung kepada kenaikan harga bahan api global.