Artikel

Maybank: Pengguna Perlu Kemas Kini Aplikasi MAE Sebelum 11 April Ini, Elak Isu Gangguan Akses

Bagi menjamin kelancaran urusan perbankan digital pengguna, Maybank kini menggesa semua pelanggan untuk mengemas kini aplikasi MAE ke versi terbaharu (0.9.45).

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak bank untuk meningkatkan prestasi sistem serta menyediakan tahap keselamatan yang lebih optimum buat pengguna. Para pengguna dinasihatkan untuk melakukan proses kemas kini ini melalui Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery sebelum 11 April 2026 ini.

Kegagalan untuk memuat turun versi terbaharu dalam tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan gangguan akses sepenuhnya. Selepas tarikh 11 April tersebut, aplikasi MAE versi lama tidak lagi akan disokong, sekali gus menghalang pengguna daripada melakukan sebarang transaksi, semakan baki, atau penggunaan ciri keselamatan Secure2u. Pastikan peranti pengguna disambungkan ke rangkaian internet yang stabil bagi mengelakkan sebarang ralat semasa proses memuat turun dilaksanakan.

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kesulitan teknikal yang tidak diingini semua pengguna disarankan untuk tidak melengahkan proses pengemaskinian tersebut. Dengan tindakan tersebut, ia sekali gus melancarkan pengalaman perbankan tanpa terjejas kesan kegagalan tindakan kemaskini aplikasi.