Ketegangan geopolik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) dilihat mula memberi kesan langsung ke atas industri makanan tempatan seperti syarikat tenusu – antaranya Farm Fresh.
Konflik ini jelas laporan, telah memberi kesan langsung kepada kos operasi sehingga 10%. Yang mana melibatkan kenaikan harga bahan pembungkusan, logistik, diesel serta kos utiliti. Sebagai perincian, kumpulan berdepan gangguan rantaian resin plastik berketumpatan tinggi (HDPE) sejak 2 minggu lalu yang secara langsung menjejaskan pengeluaran botol plastikĀ bersaiz 1 liter dan 2 liter.
Untuk makluman, pembungkusan tersebut menyumbang sekitar 13% daripada jualan kumpulan. Namun berikutan kesan itu, Farm Fresh telah meningkatkan penggunaan pembungkusan kotak alternatif jenis gable-top berasas kertas untuk menampung kekangan botol plastik. Dijelaskan ketika ini pembungkusan sedemikian masih miliki kapasiti lebihan untuk dimanfaatkan tetapi kumpulan kekal berdepan tekanan kecil kesan inflasi kos semasa.
Secara menyeluruh, sekiranya persekitaran ini berpanjangan maka ia dijangka memberi kesan yang lebih mendalam pada ketersediaan pembungkusan produk kumpulan di pasaran semasa.