Selari dengan komitmen untuk meluaskan dan menambahbaik sistem penyelenggaraan pesawat kumpulan – Malaysia Aviation Group (MAG) kini dalam pertimbangan untuk menggunakan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional.
Ini kerana berdasarkan laporan pada sidang prestasi hari ini, kumpulan telah mencatatkan aliran tunai sekitar RM1.9 bilion iaitu meningkat berbanding RM401 juta pada 2024. Ini menjadikan kumpulan miliki lebihan RM1.77 bilion daripada jumlah RM3.6 bilion yang diperuntukkan oleh Khazanah sejak 2019.
Susulan lebih banyak pesawat dan keperluan bayaran pra-penghantaran perlu dibuat maka terdapat potensi untuk kumpulan memanfaatkan sebahagian dana daripada Khazanah. Secara menyeluruh, MAG dijangka akan menerima penghantaran 10 lagi pesawat pada 2026 sebagai tindakan pembaharuan pada segmen pesawat kumpulan dengan tahun lalu sebanyak 24 pesawat telah diterima kumpulan.