Artikel

Kerajaan Dilaporkan Akan Naikkan Suhu Penyaman Udara, Longgar Kod Etika Pakaian Di Pejabat

Kerajaan Malaysia dimaklumkan telah memutuskan akan menaikkan suhu penyaman udara di semua pejabat awamnya sekitar 24 darjah Celcius sebagai langkah penjimatan dan bertujuan mengurangkan perbelanjaan tenaga.

Mengikut laporan MalaysiaKini, keputusan ini telah dicapai kabinet pada sesi penglibatan media dengan Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) dan ia dikongsikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain tindakan itu, terdapat penelitian untuk melonggarkan etika kod pemakaian kalangan penjawat kerajaan.

Tindakan sedemikian dijelaskan tidak hanya terhad kepada SPRM tetapi turut melibatkan beberapa kementerian lain. Buat pengetahuan umum, sebelum ini kerajaan memiliki penetapan dasar suhu penyaman udara iaitu tidak lebih rendah daripada 24 darjah Celcius sejak 2011.