BigPay, cabang perniagaan kewangan digital Capital A kini dilihat sedang lalui fasa penstrukturan semula – apabila sebilangan petugas di bawah naungannya dimaklumkan berisiko diberhentikan. Tidak hanya di pasaran Malaysia, perubahan tersebut dilihat turut menjejaskan sejumlah petugas bagi pasaran Singapura dan Thailand.
Perihal ini dapat dilihat pada perkongsian petugas BigPay di laman LinkedIn pada minggu lalu.
Selain kumpulan pekerja, BigPay sebelum ini telah menyaksikan beberapa pemberhentian peranan kalangan pengurusan tertinggi antara melibatkan bahagian keselamatan maklumat serta pembangunan produk.
Biarpun tiada perincian lanjut, tetapi kedudukan ini telah mengukuhkan kenyataan bahawa BigPay akan mengalami perubahan operasi. Sebelum ini pada sidang prestasi Capital Oktober 2025 lalu – Tony Fernandes pernah memaklumkan BigPay akan beroperasi di bawah cabang AirAsia NEXT, yang bertindak menguruskan penjenamaan, perlesenan harta intelek serta kan diperluas kepada teknologi digital, kriptowang dan kecerdasan buatan (AI).
Tambahan dengan penamaan Effendy Shahul Hamid selaku Timbalan CEO – langkah itu menjelaskan komitmen Capital A dalam merangka semula hala tuju BigPay pada ekosistem kumpulan di pasaran hadapan. Sama-sama kita nantikan.