Seperti yang diumumkan sebelum ini – kerajaan Malaysia kini bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mulai 15 April 2026.
Penguatkuasaan ini jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia (MOF) pada makluman sebentar tadi, ia terpakai ke atas penjawat awam Kementerian, agensi, badan berkanun dan syarikat GLC. Tindakan ini didasari untuk membantu penduduk negara laksana penjimatan tatkala konflik Asia Barat masih berlarutan.
Namun perincian berhubung pelaksanaan ini akan dikongsikan kelak setelah meneliti beberapa perkara dan meraih kesepakatan bersama pihak terlibat.