Pergolakan geopolitik di Asia Barat secara terus dilihat terus memberi tekanan kepada peningkatan kos bahan api di peringkat global antaranya melibatkan penjanaan elektrik. Namun susulan 80% gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik di Malaysia adalah berlandaskan sumber domestik. Kedudukan ini sekali gus membantu melindungi negara daripada ketidaktentuan harga bahan api global melibatkan bekalan gas.
Jelas Suruhanjaya Tenaga (ST) pada sidang khas hari ini, biarpun kenaikan kos terkawal tetapi rakyat Malaysia disarankan untuk laksana langkah penjimatan. Susulan kos arang batu dijangka akan alami kenaikan ketara kesan kekangan bekalan gas. Buat pengetahuan umum, Malaysia mengimport sepenuhnya arang batu bagi penjanaan elektrik antaranya dari Indonesia (65%) dan Australia (20%). Walaupun negara import tidak melibatkan Timur Tengah atau Asia Barat tetapi harga bahan api tersebut kekal terkait dengan perubahan harga bahan api pasaran global.
Dan selain kos bahan api, perubahan harga tenaga turut didorong akan kesan kenaikan kos logistik, insurans serta peningkatan permintaan pengguna tatkala berlakunya perubahan cuaca. Dengan mengambil kira risiko sedemikian, ST mengalakkan semua pengguna Malaysia menilai semula penggunaan tenaga di kediaman dan laksana penjimatan secara berkala untuk menghindari komitmen kos tenaga lebih tinggi kelak.
Secara menyeluruh, permintaan elektrik di Malaysia pada 2025 telah memaparkan peningkatan kepada 143,973 GWh berbanding 141,738 GWh pada 2024. Rekod ini didorong akan pertumbuhan ekonomi semasa, perindustrian serta lonjakan elektrifikasi.