Artikel

5 Bank Digital Malaysia Kini Capai RM4.2 Bilion Deposit, 65% Pengguna Kalangan Golongan Sasar

Seperti yang umum ketahui institusi kewangan di Malaysia memiliki sejumlah 5 bank digital yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) – pada operasi di pasaran semasa. Ini merangkumi rangkaian bank digital GXBank, Boost Bank, AEON Bank, Ryt Bank dan KAF Digital Bank. 

Dan berdasarkan prestasi akhir 2025 lalu, didapati kesemua perkhidmatan tersebut telah merekodkan jumlah deposit sebanyak RM4.2 bilion bersama 2.4 juta pelanggan di seluruh Malaysia. Perkembangan ini menurut notis BNM, menunjukkan sekitar 65% daripada pengguna bank digital ini adalah kalangan golongan sasar – yang merupakan kumpulan penggunayang kurang miliki akses kepada kemudahan kewangan.

Lebih menarik sebilangan bank digital telahpun mula menawarkan pembiayaan bernilai kecil. Daripada RM1 bilion pembiayaan yang diluluskan, sebanyak 34% disalurkan kepada pelanggan yang kurang meraih akses khidmat kewangan. Biarpun peratusan ini masih kecil namun BNM melihat ia satu tahap kemajuan yang bermakna dalam membantu keperluan kewangan kalangan penduduk negara secara berkala.

Dengan prestasi sedemikian ia dilihat selari dengan gagasan bank digital dalam menyediakan kemudahan kepada golongan sasar sebagaimana yang dilaraskan oleh BNM. Buat pengetahuan umum ketika ini, semua bank digital terlibat menawarkan pelbagai produk kewangan termasulah tabung simpanan, kemudahan nirtunai, akses DuitNow QR serta akses kewangan yang tertumpu kepada individu, pekerja rencam, ekonomi gig dan PMKS.