Artikel

PolicyStreet Peroleh Suntikan AS$21 Juta – Kini Disokong Dua Dana Kekayaan Berdaulat

PolicyStreet kini telah meraih $21 juta suntikan dana pada penutupan pertama pusingan pelaburan baharu iaitu Siri C dengan perolehan keuntungan melebihi $1 juta bagi prestasi kewangan 2025.

Menariknya, perolehan suntikan kali ini untuk makluman diterajui Cool Japan Fund iaitu cabang dana kekayaan Jepun diikuti sokongan pelaburan Altara Ventures dan Gobi Partners. Dengan perolehan dana sedemikian, ini menjadikan PolicyStreet sebagai syarikat insurans teknologi terawal di Malaysia yang meraih sokongan dua dana kekayaan berdaulat iaitu Cool Japan Fund dan Khazanah Nasional pada pusingan pelaburan 2023 sebelum ini.

Melalui pencapaian itu, PolicyStreet dilihat akan terus memperluaskan pengaruh perkhidmatan mereka merentasi pelbagai sektor ekonomi seperti pengangkutan, pelancongan, logistik dan telekomunikasi tidak hanya di pasaran tempatan bahkan di pasaran serantau.