Artikel

Akta Pekerja Gig Berkuat Kuasa Hari Ini – Beri Manfaat Kepada 1.64 Juta Pekerja

Hasil penelitian 37 siri libat urus bersama pihak pentadbiran dan pemain industri, hari ini Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) secara rasminya dikuatkuasakan. Iaitu mengukuhkan manfaatkan kepada 1.64 juta individu yang terlibat dalam arena ekonomi gig di pasaran Malaysia.

Adanya penguatkuasaan ini ia secara langsung melengkapkan keperluan kumpulan pekerja gig untuk memiliki medium penyelesaian sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

Selari dengan akta ini, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) turut memaklumkan bermula 1 April 2026 – sebuah sistem eAduan Gig Kesuma akan dibuka bagi membolehkan pekerja gig menuntut keadilan sekiranya berlaku sebarang tindakan yang menafikan hak pekerjaan mereka.

Jelas Kesuma, sekitara pertikaian sedemikian tidak dapat diselesaikan di peringkat pendamaian, maka isu berkaitan akan dirujuk kepada Tribunal Pekerja Gig bagi menjalankan prosiding pertikaian secara profesional dan bebas pengaruh luar.

Berbalik kepada penguatkuasaan ini, Kesuma memberi tempoh antara 3 bulan hingga 6 bulan kepada penyedia ekonomi gig untuk melaksanakan integrasi sistem bersama PERKESO selari dengan penguatkuasaan akta baharu ini.