Artikel

Bank Negara Akan Bayar Dividen RM5 Bilion – Kepada Kerajaan

Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengumumkan kekal membayar dividen sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2025. Biarpun berdepan penyusutan keuntungan kesan ekonomi global.

Pada perkongsian laporan tahun hari ini, keuntungan bersih BNM mencatatkan RM12.45 bilion , sedikit mengecil berbanding tahun 2024 dengan rekod RM13.16 bilion. Sementara pendapatan pula merekodkan sebanyak RM14.35 bilion pada 2025 setelah menolak kos berkaitan pengurusan portfolio rizab dan operasi monetari.

Prestasi semasa juga menunjukkan BNM merekodkan jumlah aset sekitar RM602.22 bilion setakat akhir Disember 2025 berbanding RM621.54 bilion pada akhir 2024. Kedudukan ini didorong sebahagian besarnya kesan penukaran mata wang susulan pengukuhan ringgit. Buat pengetahuan umum 85% daripada aset BNM adalah denominasi mata wang asing, maka penting untuk BNM mengukuhkan Rizab Risiko dengan RM7.45 bilion keuntungan bersih dipindahkan kepada Rizab Risiko – bagi membolehkan BNM mengurangkan tekanan pada pasaran kewangan serta naik turun pertukaran aset wang asing.