Jika tahun 2024 memaparkan seramai 14,179 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi keputusan yang cemerlang pada semua subjek mata pelajaran – kini SPM 2025 pula merekodkan seramai 13,779 pelajar berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.
Biarpun rekod ini menunjukkan berlakunya penurunan pencapaian namun prestasi Gred Purata Kebangsaan (GPK) SPM 2025 kekal seimbang dengan catatan sekitar 4.42 mata.
Mengikut sidang maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Ketua Pengarah KPM Azman Adnan hari ini secara keseluruhan didapati seramai 92,347 calon telah meraih sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025, berbanding 86,040 calon pada 2024.