Artikel

3 Akta Baharu Cegah Salah Guna Dana Awam, Kutipan Derma Kini Dikaji – Atasi Isu Rasuah

Dalam usaha membendung isu rasuah secara berperingkat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam tindakan mengusulkan 3 akta baharu digubal melibatkan isu salah guna pendanaan awam. Ini termasuklah kutipan derma oleh NGO. 

Pengubalan akta ini dijelaskan melibatkan salah laku dalam jawatan awam, akta kebajikan serta akta melibatkan pendanaan politik – yang bertujuan mencegah konflik kepentingan. Setakat ini usul tersebut diperingkat kajian SPRM dan dijangka dapat diselesaikan pada  September 2026 kelak.

Untuk makluman, ketika ini Malaysia memiliki beberapa undang-undang untuk tindakan pencegahan tersebut di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan namun tiada akta khusus dana awam yang berdiri sendiri seperti kebanyakan negara lain – yang memudahkan pengesanan penyalahgunaan dana awam dapat dibanteras.

Maka dengan perluasan perundangan ini, usaha itu dijangka akan melandaikan lagi isu rasuah di Malaysia sambil memberi peringatan kepada semua pihak untuk tidak sewenangnya menggunakan dana awam atas dasar kepentingan mereka.