Artikel

TNG Digital Buka Hab Fizikal Pertama – Sedia Sokongan Bersemuka Buat Semua Pengguna

Biarpun perkhidmatan Touch ‘n Go lebih tertumpu kepada penggunaan atas talian, TNG Digital hari ini secara rasminya mengumumkan pembukaan hab perkhidmatan tetapnya buat kumpulan pelanggan di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur (KL). Hab baharu ini membawakan sokongan secara bersemuka lebih dekat dengan komuniti, membolehkan pengguna menerima bantuan terus berkaitan akaun dan perkhidmatan TNG eWallet mereka.

Berdasarkan notis bersama Rnggt, hab ini berfungsi sebagai pusat sokongan khusus di mana pengguna daripada pelbagai kewarganegaraan, umur, bahasa, dan tahap literasi digital boleh menerima panduan peribadi mengenai hal berkaitan akaun serta ciri-ciri aplikasi, sekali gus membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cekap

Selain keperluan membantu kumpulan pengguna, hab ini turut menyokong kumpulan majikan dalam menyediakan akaun gaji melalui TNG eWallet. Hasil pengiktirafan bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), akses ini akan memberi manfaat khususnya buat pekerja asing dan membolehkan kumpulan pekerja ini meraih khidmat kewangan digital yang lebih lancar tanpa dipinggirkan.