Artikel

ASB 2 Isytihar Agihan Pendapatan 5.50 Sen Seunit, ASM 5.00 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk ASB 2 dan 5.00 sen seunit untuk ASM bagi tarikh kewangan berakhir 31 Mac 2026.

Menerusi notis  kumpulan, ASB 2 mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.82 bilion, kepada 680,141 pemegang unit manakala ASM mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.54 bilion kepada 786,088 pemegang unit.

Dengan pengagihan tersebut, urus niaga ASB 2 dan ASM di cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet dijelaskan akan ditangguhkan sementara dari 27 hingga 31 Mac 2026. Susulan penangguhan itu, semua pemegang unit berkaitan dimaklumkan boleh menyemak pengagihan pendapatan yang diterima dan meneruskan transaksi di semua saluran ASNB bermula pada 1 April 2026 ini.