Artikel

Gamuda, YTL, MMC Antara Syarikat Infrastruktur Bersaing Bida Kontrak LRT Pulau Pinang

Pakej sistem projek LRT Pulau Pinang kini dilihat menjadi tumpuan sebilangan syarikat mega, apabila keputusan perolehan kontrak tersebut ditangguhkan sehingga Jun 2026 kelak.

Persaingan ini antaranya melibatkan penyertaan Gamuda Berhad, YTL Corporation, dan MMC Corporation yang dilaporkan sedang bersaing sengit untuk membida kontrak tersebut. Persaingan ini dijelaskan melibatkan pakej kerja sivil, infrastruktur dan sistem isyarat bagi laluan strategik tersebut – dianggarkan melibatkan nilai sekitar RM3 bilion. Keperluan sokongan sistem ini dijangka akan menjadi pemangkin utama kepada sistem pengangkutan awam di wilayah utara tanah air tersebut.

Berdasarkan pemerhatian analisis CIMB Securities, dilihat Gamuda menjadi antara pilihan utama rentetan pengalaman sektor pembinaannya melibatkan projek rel metro tempatan dan luar negara menjadi kelebihan untuk perolehan kontrak tersebut.

Secara menyeluruh kos pembangunan LRT Pulau Pinang ini akan melebihi RM13 bilion dan berpotensi tersedia menjelang 2030 kelak – yang mana akan menjadi pengangkutan alternatif buat penduduk dan pelancong untuk atasi isu kesesakan trafik semasa yang dilihat merugikan masa serta kos penduduk.