Artikel

Penjawat Awam Terpilih Boleh Bekerja Dari Rumah Secara Berperingkat – Sektor Swasta Digesa Laksana Inisiatif Sama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penjawat awam akan meraih pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat dan terpilih sebagai langkah penjimatan kesan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang menjejaskan bekalan tenaga global.

Dengan pengumuman itu ia sekali gus mengekalkan produktiviti dan memberikan keseimbangan kepada penjawat awam tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Malah PM Anwar turut menyarankan agar majikan di sektor swasta mengambil langkah serupa dengan menawarkan fleksibiliti kerja kepada kakitangan mereka. Beliau menekankan bahawa budaya kerja fleksibel bukan sahaja mampu meningkatkan moral pekerja tetapi juga membantu pekerja mengoptimumkan perbelanjaan mereka tatkala tekanan kos sara hidup kian meningkat.