Persekitaran semasa kini telah menyebabkan kos operasi industri makanan dan minuman berdepan kenaikan sehingga 30% – dan sekiranya situasi ini berterusan, tindakan pelarasan harga makanan secara minimum mungkin tidak dapat dielakkan.
Presma, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia mengikut laporan FMT akui pihaknya terkesan dengan kenaikan kos operasi semasa berikutan tekanan ekonomi global. Kenaikan kos ini dijelaskan tidak hanya melibatkan kos bahan mentah tetapi turut melibatkan kos pembungkusan dan utiliti yang lain. Selain isu geopolitik tekanan kos semasa turut didorong akan aliran naik turun kadar tukaran mata wang yang memberi kesan langsung kepada kos import ke atas peniaga.
Maka kerajaan diseru untuk memperkenalkan kaedah menstabilkan harga bahan mentah utama selain memperkenalkan insentif sokongan kepada kumpulan peniaga berkaitan untuk mengimbangi kos ke atas pengguna.
Setakat ini pengusaha restoran mamak dilihat masih optimis mengekalkan harga makanan dan minuman di paras berpatutan. Berikutan pengusaha telah mengambil langkah menyerap sebahagian kos dengan mengoptimumkan operasi dan mengurangkan pembaziran. Tindakan itu akan melibatkan penawaran saiz hidangan yang lebih fleksibel berdasarkan kemampuan pengguna selain kumpulan turut bertindak mencari pembekal yang menawarkan harga lebih kompetetif.