Artikel

30% Syarikat Tersenarai Awam Malaysia Didapati Berisiko Tinggi Digodam

Sekitar 30% syarikat tersenarai awam Malaysia kini didapati berdepan risiko tinggi untuk diceroboh berikutan memiliki tahap keselamatan siber yang rendah.

Penilaian ini untuk makluman hasil penarafan F ke atas 54 syarikat daripada sampel 186 syarikat.

Demikian mengikut laporan kajian terbaharu LGMS Bhd iaitu firma perunding keselamatan siber Malaysia yang menguji penembusan, penilaian, dan audit pematuhan – yang kini mendesak semua syarikat tersenarai awam (PLC) tempatan berkaitan untuk meningkatkan tahap keselamatan siber operasi kumpulan secara berkala.

Buat pengetahuan umum, penilaian ini dijelaskan menggunakan data internet komersial dan sumber terbuka yang tersedia secara umum bagi menilai tahap keselamatan siber yang dapat dilihat dari sudut pandangan penggodam

Dan berdasarkan penilaian itu, hanya 26 buah syarikat menerima penarafan A, diikuti 46 syarikat meraih penarafan B, 33 syarikat pula penarafan C, 27 syarikat dengan penarafan D dan 54 syarikat meraih penarafan F.