Setelah berjinak dalam arena kandungan makanan, Foodie Media kini dilihat meluaskan rangka pemaparan media mereka ke arah kandungan e-sukan dan permainan dengan perolehan 80% kepentingan ekuiti WTM Media Sdn Bhd pada nilai RM250,000.
Perluasan itu menurut notis Bursa Malaysia telah dicapai menerusi perjanjian jual beli saham pada 24 Mac lalu.
Bersama sokongan lebih 600,000 pengikut WTM Media merentasi pelbagai saluran media sosial – kapasiti ini dijangka akan meluaskan lagi jejak Foodie Media dalam mengukuhkan kehadiran mereka pada industri media semasa. Berdasarkan kesepakatan menyeluruh, pembelian tersebut dibiayai sepenuh menerusi dana dalaman syarikat tanpa melibatkan sebarang liabiliti yang perlu ditanggung.