Artikel

Pengendali Empire Sushi Lancar Prospektus – Umum IPO Di Bursa Pada 17 April Ini

Seperti yang dimaklumkan pada pertengahan Mac lalu, Empire Premium Food iaitu pengendali rangkaian Empire Sushi kini secara rasminya melancarkan prospektus penyenaraian awam (IPO) kumpulan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026 ini.


Dengan langkah ini, Empire Premium Food akan melaksanakan terbitan 218 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan 145 juta saham sedia ada pemegang saham Empire 11 Group Sdn Bhd.

Melalui terbitan sedemikian, ia akan menawarkan sebanyak 33% unit dalam kumpulan dengan sebahagian besar saham 293 juta unit mewakili 26.6% saham diperuntukkan kepada pelabur institusi dan pelabur Bumiputera terpilih. Sementara 70 juta saham (6.4%) pula kepada pelabur runcit disusuli 55 juta saham akan diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan 15 juta lagi untuk kumpulan yang layak.

Adanya langkah IPO ini ia tidak hanya mengukuhkan lagi kehadiran Empire Sushi selaku pemain utama pada arena sajian tetapi turut menyokong perluasan jenama di pasaran semasa. Ketika ini terdapat 143 cawangan fizikal tersedia di pasaran tempatan dengan penawaran lebih 70 jenis sushi buat kumpulan pengguna.

Secara menyeluruh dana IPO sebanyak RM152.6 juta  iaitu sebanyak 51.8% (RM79.05 juta) akan tertumpu pada pembukaan 56 cawangan baharu diikuti sebanyak 8.3% dana akan digunakan untuk kerja-kerja menaik taraf dan mengubah suai cawangan sedia ada, manakala 34.1% lagi diperuntukkan sebagai modal kerja syarikat, dengan baki 5.8% selebihnya dikhaskan untuk menampung kos-kos berkaitan proses penyenaraian tersebut.