Artikel

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 1.4%

Inflasi Malaysia kini memaparkan peningkatan dengan kadar perlahan 1.4% pada Februari 2026 bersama mata indeks meningkat kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan (DOSM) ini, lonjakan yang merujuk Indeks Harga Pengguna (IHP) ini didorong akan peningkatan sebilangan segmen ekonomi seperti Insurans dan Perkhidmatan Kewangan (4.7%), Pendidikan (2.8%), Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (2.5%), Makanan dan Minuman (1.3%), Kesihatan (1.2%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (1.1%) dan Maklumat & Komunikasi pula 0.5%.

Selain itu, segmen Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Barangan, Perkhidmatan (6.9%) dan Minuman Alkohol & Tembakau (2.6%) meningkat lebih tinggi pada Februari 2026 berbanding bulan sebelumnya.

Inflasi mengikut taburan negeri pula DOSM dapati 8 negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional (1.4%) iaitu Pahang (2.1%), Wilayah Persekutuan Labuan (2.1%), Negeri Sembilan (2.0%), Sabah (1.8%), Johor (1.7%), Pulau Pinang (1.6%), Terengganu (1.6%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.6%). Manakala, baki lapan negeri meningkat di bawah dan sama dengan kadar inflasi nasional dengan Kelantan merekodkan inflasi terendah (0.2%) pada Februari 2026.

Dengan kedudukan ini, kesemua negeri kekal berdepan tekanan kos makan kecuali Kelantan dengan inflasi makanan -0.7%.

Screenshot