Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah sejak tiga minggu lalu susulan konflik antarabangsa yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat, dan Israel telah memberi impak besar kepada ekonomi global. Tindakan penutupan Selat Hormuz telah menyekat aliran bekalan petroleum dan gas dunia, lantas mengakibatkan lonjakan harga minyak yang melampau di pasaran.
Sebagai tindak balas langsung terhadap kenaikan mendadak kos operasi ini, Pos Malaysia telah mula melaksanakan surcaj bahan api baharu yang berkuat kuasa hari ini, 18 Mac 2026.
Penghantaran antarabangsa dikenakan surcaj 40% ke atasĀ perkhidmatan luar negara, termasuk Redly Express, Redly Priority (EMS), Paket Kecil, Pakej Udara, Mel Udara Pukal Antarabangsa, dan Flexipack International.
Sementara penghantaran domestikĀ dikenakan tambahan 15% lagi ke atas surcaj domestik yang sedia ada. Ia melibatkan penghantaran antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, Pos Laju Prabayar (Biru), serta perkhidmatan MyDistribution.
Bagi memastikan ketelusan selari dengan turun naik harga minyak, Pos Malaysia memaklumkan bahawa bermula 27 Mac 2026, kadar surcaj ini akan dikemas kini pada setiap hari Jumaat di laman web rasmi mereka. Kadar yang disemak semula itu akan diguna pakai untuk minggu yang seterusnya.