Artikel

Pembayar Cukai Tidak Perlu Betulkan Kesilapan Tanda ‘Cukai Ditanggung Majikan’ – LHDN

Menyedari terdapat sebilangan pembayar cukai Malaysia melaksanakan kesilapan ketika melaporkan pendapatan mereka semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 dengan menanda ruangan ‘cukai ditanggung oleh majikan’ (tax borne by employer) secara tidak sengaja – usah bimbang, isu ini tidak memerlukan pembayar cukai kemuka pindaan BNCP Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan penandaan tersebut.

Jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) pada notis hari ini, pihak berkuasa telah melaksanakan semakan dan mengenal pasti kes yang terlibat. Bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat oleh HASiL.

Kesan kesilapan tersebut, difahamkan terdapat sejumlah pembayar cukai tidak menerima bayaran lebihan cukai. Namun HASiL menegaskan sistem pemprosesan bayaran balik cukai ini dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai dalam BNCP. Maka, ketepatan maklumat yang diisikan adalah penting bagi memastikan proses bayaran balik dapat dilaksanakan dengan lancar dan tanpa sebarang kelewatan.

Susulan itu, semua pembayar cukai berkaitan dinasihatkan untuk menyemak status bayaran balik mereka melalui portal MyTax secara berkala dan diingatkan untuk tidak melakukan kesalahan yang sama pada pelaporan pendapatan di masa hadapan bagi mengelakkan kelewatan perolehan lebihan cukai.