Bagi membantu mengurangkan tekanan kos perjalanan kalangan penduduk Malaysia bersempena cuti Aidilfitri tidak lama lagi, kerajaan kini mengumumkan pemberian diskaun tol 50% bagi kenderaan Kelas 1 bermula 18 Mac 2026 (12.01 tengah malam) sehingga 19 Mac 2026 (11.59 malam).
Pemberian diskaun ini menurut makluman Pejabat Perdana Menteri (PMO) terpakai di semua plaza tol kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara Selatan, dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Dan berdasarkan komitmen itu, sejumlah RM21.03 juta kos akan ditanggung oleh kerajaan bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat.
Dengan makluman tersebut, diharapkan semua pemandu jalan raya merancang perjalanan anda berikutan sekitar 2.3 juta kenderaan sehari dijangka memenuhi ruang lebuhraya bermula 18 Mac ini disamping turut memastikan kenderaan dalam keadaan baik, serta memastikan kad TNG kekal aktif dan memiliki baki mencukupi.