Artikel

AEON Bank Tamatkan Keperluan Baki Minimum RM20 – Deposit Akaun Kini Hanya RM1 

AEON Bank hari ini mengumumkan tindakan kemaskini pada Terma dan Syarat Akaun Simpanan-i milik perbankan mereka bersama pengguna, bagi menjadikan perkhidmatan perbankan digital lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Pada tindakan itu, berkuatkuasa 17 Mac 2026 iaitu hari ini – AEON Bank telah memansuhkan keperluan baki minimum yang sebelum ini ditetapkan pada kadar RM20. Melalui perubahan ini, pengguna kini mempunyai fleksibiliti penuh untuk menguruskan baki akaun mereka tanpa bimbang tentang sekatan pengeluaran atau caj berkaitan baki rendah.

Selain pemansuhan baki minimum, AEON Bank turut mengurangkan jumlah deposit permulaan bagi pembukaan akaun baharu. Jika sebelum ini pengguna memerlukan RM20 untuk mengaktifkan akaun, kini mereka hanya perlu mendepositkan serendah RM1 sahaja untuk mula menyimpan bersama AEON Bank.