Hari ini, Pharmaniaga secara rasminya keluar daripada status PN17, iaitu Nota Amalan 17.
Makluman Bursa Malaysia ini menjelaskan status tersebut telah diselaraskan susulan prestasi kewangan syarikat tidak lagi terikat pada mana-mana kriteria di bawah Perenggan 2.1 PN17 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama. Pembebasan status ini jelas mencerminkan komitmen Pharmaniaga dalam mengawalselia organisasi sepanjang tempoh yang mencabar.
Dengan penambahbaikan itu, Pharmaniaga dilihat akan meningkatkan semula keupayaan farmaseutikal dan biofarmaseutikal mereka pada pasaran serantau. Setakat ini prestasi kewangan kumpulan telah memaparkan aliran keuntungan secara berturutan selama 8 suku dengan keuntungan bersih sebanyak RM48.5 juta sehingga akhir 2025.
Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
- Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
- Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan