Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini mencatatkan perkembangan yang positif apabila tahap kemajuan keseluruhan telah mencapai 92.62%.
Perkembangan ini selari dengan penyelesaian jajaran Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor yang dijangka dapat dicapai pada akhir 2026 yang sekali gus membolehkan operasi secara komersial dapat dimulakan pada Januari 2027.
Jangkaan ini susulan ECRL telah berjaya menyelesaikan pembinaan landasan utama sepanjang 519 kilometer melibatkan jajaran Kota Bharu ke Gombak. Di mana lebih awal daripada yang dijadualkan. Perihal itu didasari akan komitmen yang baik antara Malaysia Rail Link dan China Communication Construction (CCC)-ERL.
Sementara fokus jajaran dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir 2027 dengan sasaran operasi penuh pada Januari 2028.
Adanya kemudahan ECRL ini ia dilihat akan menjadi pemangkin kepada aliran trafik yang lebih lancar dan sistematik di Malaysia. Akses ini tidak sekadar menghubungkan pantai timur dan barat, malah berperanan penting dalam mengurangkan kesesakan jalan raya, terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.
Malah, ECRL turut menawarkan penjimatan masa yang amat signifikan kepada orang awam menerusi pergerakan tren berkelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Dengan perjalanan dari Kota Bharu ke TBG kini hanya mengambil masa 4 jam sahaja, sekali gus meningkatkan kecekapan mobiliti dan produktiviti negara.