Artikel

Hampir 2,000 Tan Metrik Sisa Dibuang Setiap Hari Di KL, Melonjak 23% – Sepanjang Ramadan Ini

Trend pembuangan sisa di ibu kota sepanjang Ramadan 2026 menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Menurut data terbaru daripada Alam Flora, Kuala Lumpur (KL) mencatatkan lonjakan sebanyak 23% kepada 45,108.31 tan metrik kutipan sisa berbanding tahun lalu iaitu sekitar 36,797.55 tan metrik.

Ini bermakna purata 1,804.33 tan metrik sisa sampah telah dikutip setiap hari sepanjang bulan puasa ini untuk tinjauan 1 Ramadan sehingga 25 Ramadan.

Kedudukan ini jelas Alam Flora, sisa makanan menjadi antara penyumbang tertinggi kepada peningkatan kutipan sisa selain kutipan sisa plastik bungkusan dan polisterin. Tidak hanya itu rekod kutipan sisa pepejal turut memaparkan lonjakan mengikut statistik 2024 hingga 2026 – khususnya di kawasan berkepadatan tinggi seperti KL.

Sementara Putrajaya dan Pahang pula memaparkan penurunan drastik pada rekod kutipan sisa bagi Ramadan 2026. Iaitu Putrajaya memaparkan penurunan 2% kepada 2,793.04 tan metrik kutipan sisa dan Pahang pula menurun sebanyak 28% kepada 13,618.59 tan metrik.