Selari dengan matlamat memberi pendedahan awal kepada golongan muda negara berkaitan kepentingan ekonomi semasa – kini terdapat usul menjadikan segmen koperasi sekolah sebagai medan untuk memupuk pengetahuan perniagaan kalangan pelajar Malaysia.
Cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini pada laporan adalah bertujuan mendidik pelajar negara memahami tuntutan kepentingan perniagaan, cara menguruskan mensyuarat agung dan merangka strategi berkaitan halatuju perniagaan secara berkala.
Usul ini dijelaskan akan dikemukakan bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelak bagi merealisasikan inisiatif memberi pendedahan praktikal kepada pelajar sekolah.
Antara perkara yang sedang diteliti adalah mencadangkan koperasi memberi ganjaran dalam bentuk pegangan saham kepada pelajar untuk menggalakkan mereka mendekati dan memahami gerakan koperasi selain penghargaan sedia kala.