Artikel

PM Anwar Umum Cuti Tambahan Sehari – Sempena Aidilfitri

Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia, kerajaan kini bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun 2026.

Makluman itu dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun cuti tambahan ini tertakluk kepada tarikh pengisytiharan 1 Syawal kelak. Ini bermakna sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat atau 20 Mac, kerajaan akan menetapkan Isnin (23 Mac) sebagai cuti tambahan. Sebaliknya jika Hari Raya jatuh pada Sabtu (21 Mac), maka cuti tambahan adalah pada Jumaat (20 Mac).

Keputusan kerajaan mengumumkan pemberian cuti tambahan itu lebih awal adalah bertujuan memudahkan rakyat di seluruh negara merancang perjalanan masing-masing pada minggu hadapan.