Artikel

Bantuan Budi Diesel Dinaikkan Kepada RM300 Sebulan – Mulai 17 Mac

Dengan kenaikan harga minyak global, pentadbiran Malaysia kini mencapai keputusan dengan menaikkan bantuan Budi Diesel kepada RM300 berbanding RM200 sebelum ini. 

Kenaikan sementara itu jelas Kementerian Kewangan (MOF) akan dikuat kuasakan mulai 17 Mac 2026 ini. 

Keputusan ini secara langsung akan membantu dan melindungi kos rakyat biarpun berdepan tekanan ketidaktentuan harga global. Seperti yang umum ketahui, setakat 9 Mac lalu harga minyak Brent telah mencecah $119 setong sebelum kembali turun kepada $90 setong.

Peningkatan bantuan ini secara jelas menunjukkan harga bahan api di Malaysia kekal menjadi antara yang terendah berbanding negara jiran. Maka tindakan penguatkuasaan yang lebih baik akan dilaksanakan untuk membendung ketirisan dan mencegah penyalahgunaan bahan api bersubsidi.