Artikel

Keputusan Usul Bekerja Dari Rumah Sektor Awam Akan Dimuktamadkan – Pada 17 Mac Ini

Kesan krisis harga minyak global, kerajaan kelak akan meneliti cadangan bekerja dari rumah bagi sektor awam.

Jelas Kementerian Komunikasi pada sidang taklimat hari ini, pertimbangan itu akan diteliti di bawah Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama Kabinet kelak. Yang mana hasil perbincangan itu dimaklumkan akan diputuskan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac ini.

Pertimbangan usul ini dilihat menjadi antara langkah penting untuk memastikan kesinambungan operasi negara dapat dilaksanakan biarpun berdepan ketidaktentuan geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.