Artikel

Sempena Aidilfitri – PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Bermula 18 Mac Ini

Bersempena cuti Aidilfitri tidak lama lagi, PLUS Malaysia menjangkakan sebanyak 2.3 juta kenderaan sehari akan direkodkan dalam masa 6 hari bermula 18 Mac 2026 di rangkaian lebuhraya kendaliannya.

Tempoh 6 hari ini melibatkan hari puncak 18 Mac sehingga 20 Mac dan 27 Mac sehingga 29 Mac 2026.

Angka ini secara jelas menunjukkan peningkatan lebih 20% pada jumlah kenderaan sehari berbanding rekod sebelumnya. Jangkaan ini susulan tempoh percutiaan perayaan turut disertakan dengan cuti penggal persekolahan. Maka dengan jumlah sedemikian, semua pemandu kenderaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dengan lebih teratur dan memanfaatkan aplikasi MyPLUS untuk persediaan sebarang makluman.

Jelas PLUS Malaysia setakat ini hanya 29% pengguna lebuhraya yang memanfaatkan jadual perjalanan digital tersebut.