Artikel

AS Kini Siasat Lebihan Kapasiti Pengeluaran Di 15 Negara – Termasuk Malaysia

Ketidaktentuan pasaran semasa kini dilihat semakin dramatik apabila terbaharu Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya sedang menyiasat 15 buah negara termasuklah Malaysia di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 – berikutan isu lebihan pengeluaran barang pada sektor perkilangan.

AS pada notis perdagangannya USTR menjelaskan tindakan memasarkan barangan secara berlebihan pada harga yang lebih rendah tidak sekadar menguntungkan satu pihak semata tetapi turut merosakkan arena perniagaan global. Di mana persaingan tidak berlaku secara adil kepada pemain ekonomi yang lain.

Dan untuk Malaysia, tindakan siasatan ini merupakan suatu perkara serius yang perlu dipantau susulan Malaysia merupakan pengeskport utama dunia terutamanya dalam arena semikonduktor, elektronik,, keluli dan solar. Jika AS dapati amalan ini tidak adil, Malaysia mungkin berdepan tarif tambahan terhadap barangan buatan tempatan. Tindakan ini jelas sekadar meningkatkan perlindungan ke atas ekonomi AS semata berbanding mengutamakan kesejahteraan pasaran global.

Secara menyeluruh siasatan ini dijangka mengambil masa beberapa bulan, dengan sesi pendengaran awam dijadualkan bermula pada 5 Mei 2026 kelak. Selain Malaysia – China, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kesatuan Eropah turut terlibat pada senarai 15 pasaran negara ini.