Skim khas iaitu Skim Pengembara yang bertindak melindungi rakyat Malaysia yang berulang alik kerana bekerja di negara jiran kini diperincikan akan dibentang pada sidang Kabinet tidak lama lagi.
Inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini memasuki fasa akhir kajian sebelum dijangka dapat direalisasikan pada suku kedua tahun ini.
Jelas Kementerian Sumber Manusia pada laporan skim tersebut berupaya memanfaatkan 400,000 rakyat yang bekerja di Singapura susulan ketiadaan perlindungan. Dengan faedah tersebut akses ini tidak sekadar membantu kumpulan pekerja bahkan turut memberi manfaat kepada keluarga dan tanggungan mereka.