Artikel

Cadangan Benarkan Pengeluaran Akaun 2 KWSP Melalui i-Lindung Kini Diteliti – MOF

Pentadbiran Malaysia kini sedang meneliti cadangan untuk membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran secara sukarela daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) bagi perolehan perlindungan insurans atau takaful hayat serta penyakit kritikal melalui i-Lindung. 

Pertimbangan ini jelas Kementerian Kewangan (MOF) pada notis Parlimen, bertujuan memudahkan pencarum menampung kos kesihatan mereka di masa hadapan selaras dengan agenda Pelan Insurans dn Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT).

i-Lindung adalah platform layan diri di dalam aplikasi i-Akaun KWSP yang membolehkan pencarum membeli produk perlingundan insurans atau takaful menggunakan simpanan Akaun 2.

Secara dasarnya, Akaun 2 sememangnya telah diperuntukkan bagi membantu pencarum memenuhi keperluan jangka masa sederhana. Selain daripada cadangan perlindungan kesihatan ini, akaun tersebut juga sedia ada digunakan bagi tujuan penting lain seperti pembiayaan perumahan, pendidikan, dan kos perubatan tertentu. Tetapi, setiap pengeluaran yang dicadangkan melalui i-Lindung ini tetap akan tertakluk kepada terma serta syarat-syarat khas bagi memastikan ia digunakan dengan betul.

Langkah ini menjadi sebahagian usaha berfasa kerajaan untuk membina sistem penjagaan kesihatan negara yang lebih mampan dan menyeluruh. Melalui pembaharuan ini, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada perlindungan kewangan yang lebih baik sekiranya berlaku musibah kesihatan yang tidak dijangka.