Artikel

DNB, PROTON Institute Lancar Makmal 5G Pertama – Perkasa Pelajar TVET Malaysia

Digital Nasional Berhad (DNB) dan PROTON Institute secara rasminya menjalin kerjasama strategik bagi memacu transformasi sistem pendidikan negara melalui pembangunan bakat digital tempatan.

Kerjasama ini menyaksikan pelancaran makmal teknologi 5G persendirian pertama di Malaysia yang dikhususkan untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Inisiatif ini bertujuan memastikan tenaga kerja masa hadapan Malaysia dilengkapi dengan kemahiran teknologi tinggi yang selari dengan keperluan industri global.

Bagi mengukuhkan kesepakatan tersebut, satu sesi pertukaran Surat Hasrat (LOI) telah disempurnakan oleh kedua pihak. Simbolik kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam membina ekosistem inovasi yang mampan. Melalui integrasi teknologi 5G dalam kurikulum latihan, Malaysia kini semakin keterdepan dalam melahirkan pakar teknikal yang berdaya saing.

Selain pembangunan bakat, kolaborasi ini dijangka membuka ruang yang lebih luas bagi institusi pendidikan untuk berhubung terus dengan pemain industri utama dalam ekosistem 5G yang lebih besar di pasaran semasa.