Artikel

Kerajaan Disaran Sedia Insentif Buat Pekerja Swasta Sempena Aidilfitri – MTUC

Sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mengumumkan ‘berita baik’ kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan agar golongan pekerja sektor swasta tidak dipinggirkan dalam pemberian insentif sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

MTUC menekankan bahawa saranan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar pekerja swasta yang menjadi tulang belakang dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK dan perolehan cukai secara berkala.

Dalam memastikan inisiatif ini terlaksana, MTUC turut mengesyorkan penyertaan aktif daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).