Hong Leong Islamic Bank kini memulakan fasa baharu dengan penjenamaan semula sebagai HLB Islamic. Langkah strategik ini bertujuan memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju utama perbankan patuh Syariah dalam ekosistem Hong Leong Financial Group. Dengan identiti yang lebih segar, bank kini komited untuk menjadikan penyelesaian kewangan Islam lebih mudah diakses dan terintegrasi secara digital bagi semua lapisan pelanggan.
Maka dengan komitmen dan pembaharuan tersebut, HLB Islamik kini turut perkenalkan Hayat, satu pendekatan pengurusan harta menyeluruh yang akan membimbing pelanggan dari gaji pertama sehinggalah ke perancangan harta pusaka di masa hadapan.

Jelas HLB Islamic, sebelum ini cabang patuh syariah itu melaksanakan transaksi secara berasingan kini di bawah satu induk, Hayat dijangka dapat membantu pengguna menguruskan harta mereka dengan lebih teratur dan dipandu prinsip syariah. Di bawah Hayat, terdapat 5 tonggak asas disertakan HLB Islamic merangkumi Penjanaan, Pengumpulan, Pemeliharaan, Penyucian dan Pengagihan Harta.
Selari dengan meraikan lembaran baharu kumpulan, HLB Islamic turut menawarkan promosi eksklusif Destinasi Impian. Pelanggan yang melanggan produk di bawah mana-mana tonggak Hayat ini berpeluang memenangi pakej percutian ke Jepun, China, dan Vietnam. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan pengurusan kewangan yang bijak, malah memberi ganjaran kepada pelanggan yang memilih untuk membina masa depan mereka bersama HLB Islamic.