Beberapa syarikat penerbangan utama negara termasuk Malaysia Airlines, Batik Air, dan Firefly kini dilaporkan mengenakan caj bahan api yang lebih tinggi bermula hari ini.
Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap lonjakan harga minyak di pasaran global yang sedang berlaku ketika ini. Perkara itu sekali gus telah meningkatkan kos operasi sektor penerbangan secara mendadak. Pelarasan ini disifatkan sebagai langkah perlu bagi menjamin kelangsungan rangkaian penerbangan serta mengekalkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
Sebagai perincian Malaysia Airlines dan Firefly akan melaksanakan tindakan ini secara berperingkat dengan pelarasan tersebut akan dikenakan kepada semua tiket penerbangan yang dikeluarkan pada atau selepas tarikh berkuat kuasa. Fasa pertama dijelaskan caj ini terpakai kepada semua pasaran jualan tiket kecuali pasaran Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong dan Filipina. Kesemua pasaran itu akan dikenakan caj berkenaan pada fasa kedua yang dijangka dikuat kuasakan pada 25 Mac hadapan.
Manakala Batik Air pula memaklumkan caj tersebut diselaraskan pada hari ini ke atas semua laluan domestik kecuali Hong Kong, Korea dan Jepun yang dijangka akan dikenakan pada 25 Mac hadapan.
Dengan tindakan tersebut, diharapkan semua penumpang peka akan pelarasan tersebut yang berpotensi meningkat harga tiket penerbangan di pasaran semasa.