Artikel

Johor Usul 12 Hentian Baharu Bagi Teksi Rentas Sempadan Singapura, Bersama Sistem Penjejak

Selaras dengan dasar dua hala yang dicapai antara Malaysia dan Singapura pada akhir tahun lalu, kini Johor mencadangkan 12 lokasi baharu bagi tindakan sebagai hentian utama yang membolehkan teksi rentas sempadan Singapura menurunkan penumpang di Johor. 

12 lokasi ini untuk makluman melibatkan tempat Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, JB Sentral, Medini, Mid Valley Southkey, Mount Austin, Eco Botanic, Johor Premium Outlets dan 5 gedung membeli-belah di sekitar Johor. Langkah ini bertujuan meluaskan pilihan lokasi penumpang dan merealisasikan dasar destinasi penumpang yang ketika ini sekadar tertakluk di Terminal Larkin Sentral sahaja bagi teksi Singapura dan Terminal Ban San Street di Singapura untuk teksi Malaysia.

Usul ini dilihat relevan susulan kedua-dua negara telah bersetuju meningkatkan kuota teksi rentas sempadan berlesen daripada 200 pemandu kepada 500 pemandu.

Dengan perluasan akses sedemikian, dimaklumkan teksi rentas sempadan Singapura turut dikehendaki memasang sistem pengesanan lokasi bagi memantau pergerakan perkhidmatan di Johor. Sementara teksi rentas sempadan Malaysia pula perlu memasang unit sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP2) bagi menghindari isu perkhidmatan pengangkutan awam dari satu tempat ke tempat lain di Singapura.