Memahami ramai rakyat Malaysia memiliki komitmen dalam persediaan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kerajaan Malaysia kini mengumumkan agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 lebih awal iaitu secara berperingkat mulai 10 Mac 2026.
Keputusan ini sekali gus memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima rakyat Malaysia.
Secara menyeluruh agihan itu akan melibatkan peruntukan RM1.3 bilion berbanding RM1.1 bilion kepada 5 juta penerima pada fasa 1. Susulan berlakunya penambahan 200,000 penerima baharu yang diluluskan dan akan mula menerima bayaran mulai 30 Mac 2026 ini.
Sebagai perincian, sejumlah 3.8 juta isi rumah bersama 1.4 juta warga emas yang tidak memiliki pasangan akan menerima kadar bayaran antara RM100 sehingga RM600 mengikut kategori kelayakan terlibat.