Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasmi mengumumkan bahawa seramai 413,299 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025 boleh mula menyemak keputusan masing-masing pada 31 Mac 2026.
Bagi calon yang ingin mendapatkan keputusan secara bersemuka, slip keputusan penuh boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10:00 pagi pada tarikh berkenaan atau semakan menerusi pautan myresultspm.moe.my pada 31 Mac 2026 sehingga 6 April 2026 ini.
Sebagai alternatif tambahan, pelajar juga boleh menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan cepat. Calon hanya perlu menaip SPM<jarak>No.KP<jarak>AngkaGiliran dan menghantarnya ke talian 15888. Dengan kepelbagaian saluran semakan yang disediakan ini, proses bagi pelajar dan ibu bapa untuk mengetahui keputusan SPM 2025 akan menjadi lebih mudah, efisien, dan lancar.