Artikel

Beli Minyak Masak Paket Guna MyKad – Dijangka Mula Laksana Akhir 2026 Ini

Ketika ini Malaysia menggunakan kaedah imbasan kod QR bagi membolehkan orang awam berkelayakan membeli minyak pasak berpaket di rangkaian terpilih. Namun menyedari isu ketirisan kekal berlaku – dijangka akhir tahun ini, pelaksanaan menggunakan MyKad pada pembelian minyak masak paket bersubsidi berpotensi dijalankan. 

Perkara itu dikongsikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di mana kaedah itu akan diintegrasikan bersama sistem terminal MyKasih dan akan menghubungkan pengguna berkaitan bersama sekitar 10,000 peruncit di seluruh Malaysia.

Adanya perluasan akses ini, ia secara langsung membantu negara mengimbangi kos ketirisan yang perlu ditampung pada pasaran semasa. Setakat ini kerajaan perlu menanggung kerugian RM4.5 juta susulan isu ketirisan subsidi minyak masak paket yang direkodkan di bawah 951 kes sejak Februari 2024 sehingga Februari 2026 ini.