Inisiatif i-Sayang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mencatatkan perkembangan positif dengan penyertaan seramai 187,000 suami setakat akhir 2025.
Buat pengetahuan umum inisiatif ini membolehkan kumpulan suami memindahkan 2% caruman syer pekerja mereka secara sukarela ke akaun KWSP isteri setiap bulan.
Mengikut notis MOF pada sidang Dewan Negara hari ini, penyertaan itu telah merekodkan jumlah caruman skim sebanyak RM371.3 juta setakat 2025. Melalui perluasan penyertaan itu, ia sekaligus tidak hanya meningkatkan kesejahteraan dana persaraan golongan isteri tetapi turut memberi kesedaran kepada kumpulan pekerja akan kepentingan dana hari tua khususnya tatkala negara ke arah status masyarkat menua.
Selain perkembangan itu, prestasi i-Simpan turut memaparkan peningkatan caruman sebanyak RM15.25 bilion bersama 687,000 ahli diikuti i-Saraan pula merekodkan caruman sebanyak RM3.97 bilion melibatkan 720,056 ahli KWSP bagi tahun 2025.