Seiring dengan agenda memperkasakan ekonomi digital, Sarawak kini memberi tumpuan kepada penyediaan sambungan internet yang lebih mampan melalui kolaborasi antara ZTE Corporation dan SACOFA Sdn Bhd, penyedia infrastruktur telekomunikasi utama milik Sarawak.
Kesepakatan yang dicapai ketika sidang Mobile World Congress (MWC) minggu ini akan perlihatkan penyediaan liputan internet yang lebih meluas pada pentadbiran negeri Sarawak khususnya pada kawasan pendalaman yang masih berdepan cabaran logistik dan struktur geografi.
Melalui langkah strategik ini, kedua pihak bakal meneroka penggunaan penyelesaian sambungan generasi seterusnya yang bersepadu, termasuk pembangunan Stesen Asas Perintis Luar Bandar. Teknologi ini direka khusus untuk mengembangkan liputan secara lebih cekap dan kos efektif di kawasan terpencil.
Malah penggunaan Akses Nirwayar Tetap (FWA) juga menjadi komponen utama bagi memastikan ketersambungan pantas dapat disediakan tanpa perlu bergantung kepada pemasangan kabel fizikal yang rumit di kawasan dengan struktur geografi yang sukar. Maka melalui akses internet yang lebih baik ini, penduduk di pedalaman kini mampu menikmati kualiti pendidikan yang lebih tinggi, peluang ekonomi digital, serta capaian perkhidmatan kerajaan yang lebih efisien dan inklusif.