Artikel

ASNB Kini Miliki 15.1 Juta Pelabur – Mahu Perkasa Penyertaan B40

Kesedaran penduduk Malaysia akan kepentingan melabur pada pasaran semasa kini dilihat semakin membrangsangkan – perihal ini diterjemah menerusi penyertaan rakyat negara pada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang ketika ini memiliki seramai 15.1 juta pelabur merentasi semua skim unit amanah kumpulan dengan jumlah pelaburan lebihi RM300 bilion.

Tetapi, pihak ASNB akui pemerkasaan kalangan penduduk berpendapatan rendah (B40) perlu diperluaskan untuk meningkatkan nilai pendapatan tahunan mereka.

Bertindak-balas akan keperluan itu, pada notis lisan Parlimen minggu ini – ASNB memperincikan setakat ini seramai 5.4 juta pelabur terlibat dalam unit amanah ASB dan ASM, dengan 42% daripada 12.8 juta pelabur adalah kalangan B40 melibatkan jumlah pelaburan RM122.8 bilion. Maka untuk mengukuhkan penyertaan itu, ASNB akan terus perluaskan akses mampu-milik kepada penduduk berkelayakan, meneruskan galakan simpanan dan aktiviti kesedaran serta mengukuhkan prestasi ASNB bagi memastikan jaminan pulangan kekal berdaya saing.

Dengan langkah sedemikian, ia tidak sekadar meningkatkan nilai pelaburan Malaysia tetapi turut membantu mengawal sentimen dan keyakinan pengguna di pasaran hadapan.