Artikel

Bolt Perluas Operasi – Pemandu Teksi Kini Boleh Sertai Perkhidmatan Di Lembah Klang

Bolt, platform seru-pandu global hari ini mengumumkan bahawa pemandu teksi berlesen di Lembah Klang boleh mendaftar dan beroperasi melalui aplikasi Bolt di pasaran Malaysia. 

Inisiatif ini tidak hanya meluaskan kapasiti perjalanan perkhidmatan dan peluang pendapatan tambahan tetapi turut memudahkan kumpulan pemandu teksi di Lembah Klang untuk menerima tempahan menerusi aplikasi Bolt tanpa perlu bergantung akan kaedah teksi tradisional semata. Tidak hanya itu, akses ini juga membantu memendekkan lagi purata masa menunggu bersama ketersediaan kenderaan perkhidmatan yang lebih baik buat pengguna.

Setakat ini terdapat 15,000 teksi berdaftar beroperasi di Lembah Klang dicatatkan, data ini sekali gus turut membantu Bolt meraih manfaat perluasan perkhidmatan seru-pandu secara berkala.